Monday, August 25, 2008

PENGENALAN SYARIKAT

We Global Enterprise adalah syarikat 100% Bumiputera ditubuhkan pada Julai 2008. Tujuan utama syarikat ini adalah untuk melibatkan diri dan bersaing maju dalam perdagangan berbagai bidang perniagaan pembekalan dan perkhidmatan.

We Global Enterprise tidak mahu ketinggalan dalam menongkah arus menuju ke arah kemajuan seimbang dengan adanya peluang yang terbuka luas. Dengan pengalaman dan usaha yang gigih, syarikat yakin dapat merebut peluang dan potensi untuk kami turut serta. Bermula dengan pengalaman bekerja dan berniaga secara kecil-kecilan, pihak kami telah berdaftar sebagai syarikat yang sah dan bertauliah untuk memenuhi berbagai bidang yang jauh lebih tinggi tarafnya.

Objektif WE GLOBAL ENTERPRISE untuk memberikan kepuasan maksima pelanggan dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang baik dan bermutu.